Wednesday, 30 November 2011

Perlembagaan Kelab Explorasi UMK

1.0  Tujuan Penubuhan Kelab
Melatih para pelajar Universiti Malaysia Kelantan dengan nilai tambah atau kemahiran insaniah.
- Membangunkan pelajar yang berkualiti dan kompetitif apabila menamatkan ijazah pada masa akan datang 
melalui aktiviti yang bersifat rekreasi, akademik dan pembangunan modal insan.
- Memberikan khidmat bakti dan menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan alam 
sebagai seorang mahasiswa yang peka dan prihatin.

2.0  Kategori Kelab EXPLORASI
- Sebuah badan mahasiswa yang diwujudkan untuk semua mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan.
- Semua mahasiswa yang berdaftar (mahasiswa yang sedang mengikuti kursus ijazah) dengan Universiti Malaysia Kelantan adalah layak untuk menyertai kelab ini.
- Menumpukan kepada pembangunan insaniah dan nilai melalui aktiviti-aktiviti luar.         

3.0  Keahlian Kelab EXPLORASI
- Secara automatik : Untuk semua pelajar mahasiswa jurusan Universiti Malaysia Kelantan yang mengambil
jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains ).
Secara berdaftar :  Untuk semua mahasiswa  yang berdaftar dengan Universiti Malaysia Kelantan dan meneruskan pengajian secara sepenuh masa.
                                 
4.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Melalui mesyuarat agung yang akan dijalankan setahun sekali. Hanya ahli persatuan sahaja yang layak mengundi.
Keputusan akan ditentukan melalui undian majoriti dan calon mesti menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan perlembagaan. Sekiranya tidak menepati syarat di dalam perlembagaan kelab, keputusan perlantikan itu tidak sah.
  
5.0 Syarat Menjadi Ahli Jawatankuasa Kelab
- Syarat Am :
·         Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Malaysia Kelantan.
·         Telah mengambil peperiksaan dan lulus dengan sekurang-kurangnya mendapat CGPA 3.0.
·         Tidak disabitkan dengan kesalahan tatatertib dan menunggu keputusan perbicaraan tatatertib oleh pihak universiti.

- Syarat Khusus Kelayakan Menjadi Ahli Jawatankuasa Kelab
·         Perlu memberikan komitmen dalam merangka dan melaksanakan aktiviti kelab.
·   Sekiranya komitmen yang diingini  tidak dapat diberikan tanpa sebarang alasan yang munasabah, jawatan tersebut akan terlucut sekiranya dipersetujui guru penasihat.

6.0  Tempoh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan
        Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan memegang jawatan selama satu tahun.

7.0 Penasihat Kelab
         Penasihat kelab hendaklah ahli akademik atau pensyarah yang tidak memegang jawatan.

8.0 Sumber Kewangan
- Sumber kewangan adalah berdasarkan yuran keahlian yang ditetapkan kepada ahli setiap tahun.
- Jumlah yuran ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat untuk mendapat persetujuan majoriti dan ditetapkan setiap tahun.
- Sebarang sumber kewangan yang wujud melalui sumber lain seperti penaja atau pihak universiti  hendaklah digunakan sepenuhnya untuk tujuan aktiviti yang dikhususkan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan simpanan atau tujuan lain.

9.0  Perancangan Program
- Perancangan tahunan ( takwim ) hendaklah disesuaikan dengan tarikh kegiatan di dalam kalendar Universiti.
- Perancangan tahunan hendaklah dibuat dan dikemukakan kepada HEP sebaik sahaja mesyuarat agong / 
pemilihan exco telah selesai dibuat.
- Persatuan hendaklah mengadakan kegiatan yang mempunyai kaitan atau hubungan dengan objektif
persatuan ditubuhkan.
Kegiatan hendaklah dirancang berdasarkan kemampuan persatuan dari segi kepakaran, sumber tenaga dan 
kewangan yang dijangkakan serta lain-lain faktor yang berkenaan.
- Perangkaan program perlulah dibincangkan dan mendapat persetujuan penasihat kelab.

10.0 Jentera Pelaksanaan Program
- Kegiatan atau program yang akan dijalankan oleh kelab akan dirancangkan oleh Jawatankuasa Tertinggi.
- Pelaksanaaan program akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang akan ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tertinggi atau secara sukarela di kalangan ahli.

11.0 Rekod Kewangan
- Bendahari kelab diwajibkan untuk menyediakan laporan kewangan yang dirancang dan sebarang  penambahan yang berlaku sepanjang program.
- Bendahari hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya  atas soal kewangan aktiviti dan kegiatan yang dijalankan.
- Duit kelab hendaklah digunakan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam kertas cadangan.
- Jika berlaku sebarang kekurangan wang untuk menjalankan aktiviti oleh jawatankuasa pelaksana, hal ini        perlulah dimaklumkan kepada bendahari, pengerusi dan penasihat kelab untuk tindakan selanjutnya.
- Sebarang resit pembelian barang untuk tujuan pelaksanaan aktiviti dan program hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan untuk tujuan semakan.
                        
12.0 Mesyuarat Post Mortem & Laporan Kegiatan
- Mesyuarat post mortem perlu diadakan dalam tempoh dua minggu selepas sesuatu kegiatan dijalankan.
- Laporan aktiviti yang lengkap perlulah disediakan oleh setiausaha dan disertakan bersama  dengan laporan kewangan aktiviti untuk disemak oleh pengerusi dan penasihat.

13.0 Penerbitan Poster, Banner, Notis & Memo
- Pengesahan atau kelulusan HEP akan diperolehi sebelum menampal banner dan notis.
- Draf banner atau notis akan dikemukakan kepada bahagian HEP sebelum cetakan.


## Sebarang perkara yang bercanggah dengan perlembagaan kelab adalah tidak sah. Segala yang terkandung di dalam perlembagaan ini perlu dilaksanakan dengan sewajarnya. Penasihat serta penaung wajar membatalkan aktiviti-aktiviti atau arahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab yang tidak mengikut perlembagaan kelab dan peraturan universiti.

Carta Organisasi Kelab Explorasi UMK





Thursday, 13 October 2011

First Baby Blog



Bismillah..

Alhamdulillah! This is the first new baby blog for this Exploration Club UMK. Yah, we're kinda new to these. but we're trying our best to give an update of stories, informations and so on. Do support this blog and thanks to the admin who's trying her best to create this blog officially! Chaiyok-chaiyok Kelab Eksplorasi!

P/S: WE KNOW EARTH BETTER! ahhaaa~~ :)